JAWATANKUASA PROJEK STPM
Pemgurus : Penolong Kanan Tingkatan 6
Penyelaras : Puan Noor Fadilahtu Hansiah binti Mohd Nor
Setiausaha : Puan Hajjah Nor Madihah binti Mohamad
S/U Peperiksaan : Puan Suriani binti Jusoh / Pn Suryani binti Senik
Penyelaras tingkatan : Cik Zaini binti Abi Rahman
Bendahari : Puan Siti Balkhes binti Umar
Bidang Tugas Penyelaras Projek
1. Merancang dan melaksanakan satu program (meliputi rangkaian aktiviti yang bersepadu dan menyeluruh) bagi meningkatkan prestasi STPM yang cekap dan berkesan di sekolah. Program yang hendak dijalankan itu hendaklah jelas bagi memastikan objektif, strategi, aktiviti, pembahagian tugas dan tanggungjawab cara pelaksanaan bentuk maklum balas yang dikehendaki dan interaksi yang dibatalkan.
2. Mengkaji trend prestasi STPM sekolah dalam tempoh beberapa tahun lalu dengan mengenalpasti segala kekuatan dan kelemahan yang ada dari segi pelajar, guru, sumber-sumber teknologi yang ada di sekolah.
3. Melakukan penilaian semassa dan penilaian akhir terhadap kecekapan dan keberkesanan aktiviti dan mengambil langkah-langkah tindak susul yang sewajarnya bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan.
4. Menyelartas Program PPTT (Program Kecemerlangan Peperiksaan Awam dan eMas) dan membuat tuntutan.
5. Menyediakan buku projek dan menyimpan semua rekod dan dokumen yang berkaitan dengan prestasi pelajar-pelajar
6. Mendapatkan maklumat / maklumbalasmtentang pelaksanaan aktiviti program yang dijalankan guru-guru mata pelajaran
7. Menjalankan tugas-tugas lain yang berkaitan dengan program projek meningkatkan prestasi STPM dan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua.
Bidang Tugas Setiausaha Projek
1. Mengeluarkan notis mesyuarat
2. Mencatat dan mengedarkan minit mesyuarat
3. Membantu Penyelaras Projek dalam urusan surat menyurat
4. Menjalankan tugas-tugas lain yang akan diberitahu dari masa ke masa.
5. Memastikan pelaksanaan kelas-kelas tambahan/intensif berjalan lancar
Bidang Tugas Bendahari Projek
1. Mencatat segala bentuk perbelanjaan yang diperlukan dan pendapatan yang diterima
2. Menyediakan penyata kewangan tahunan
3. Menjalankan tugas0tugas lain yang akan diberitahu dari masa ke masa
Bidang Tugas Penyelaras Tingkatan
1. Menyimpan rekod dan dokumen yang berkaitan dengan pelajar
2. Menguruskan pendaftaran pelajar baru yang bertukar masuk bagi tahun semasa
3. Memastikan semua pelajar mempunyai nombor bilangan masuk sekolah
4. Menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan peperiksaan dalaman dengan kerjasama setiausaha peperiksaan tentang jadual peperiksaan, penyedia soalan dan analisisi keputusan peperiksaan
5. Bertanggungjawab membuat agihan murid mengikut jurusan/kelas di bawah seliaannya
6. Membantu penyelaras projek untuk merancang dan melaksanakan program peningkatan prestasi pelajar
7. Menyelaras Program eMas , Galakan Emas dan Bimbingan Emas bagi setiap tinkatan
8. Menyelaras Program PPTT dan membuat tuntutan
9. Menanda rekod jadual kedatangan murid jika guru tingkatan bercuti
10. Mengedarkan sebarang maklumat sekolah kepada pelajar
Bidang Tugas Setiausaha Peperiksaan
1. Menjadi penyelaras pungutan yuran peperiksaan dan menyelia semua urusan peperiksaan awam dan dalaman yang diambil oleh pelajar
2. Mendaftar calon-calon yang akan mengambil peperiksaan dan membantu pelajar supaya mengisi borang pemilihan mata pelajaran dengan tepat denganbantuan guru-guru tingkatan
3. Meneliti dan melaksanakan semua kehendak, panduan dan peraturan serta pekeliling lain yang bersangkutan dengan peperiksaan yang dikeluarkan oleh JPN / Kementerian
4. Menguruskan pertukaran pusat peperiksaan bagi calon-calon yang bertukar sekolah, sama ada dalam/luar negeri. Surat pertukaran pusat hendaklah dikirimkan bersama-sama dengan surat pertukaran sekolah
5. Mengurus penyemakan borang-borang komputer dan surat-surat yang berkaitan dengan peperiksaan awam/dalaman
6. Berbincang dengan AJK Jadual Waktu mengenai pakej mata pelajaran elektif





















