JAWATANKUASA JADUAL WAKTU
Penasihat: Pengetua
Pengerusi: Penolong Kanan Pentadbiran
Penyelaras: Semua Guru Kanan Matapelajaran
AJK:
YM Tuan Mohd Shafie bin Tuan Jusoh
En. Norhisham bin Noor Mohd
BIDANG TUGAS
1.Menentukan bilangan kelas dan kelayakan guru.
2.Menyediakan peruntukan waktu mengajar mengikut mata pelajaran dan menentukan kesesuaian masa untuk mata pelajaran tertentu.
3.Menentukan corak jadual waktu yang digunakan seperti jadual waktu anjal / jadual waktu blok dan
menyediakan jadual guru ganti.
4.Menentukan penggunaan bengkel dan makmal.
5.Menyediakan jadual guru ganti bila ada guru yang tidak hadir. Jadual disediakan setiap hari persekolahan.
6.Menentukan guru tingkatan berdasarkan kelas yang diajar.
7.Memastikan jadual waktu induk dan persediaan disediakan pada waktu tertentu dan membuat
pindaan jika perlu.
8.Memastikan salinan jadual waktu dihantar kepada Pengetua dan dipaparkan untuk maklumat semua.





















