JAWATANKUASA KEMUDAHAN FIZIKAL / PERABOT
Pengerusi
Pengetua
Naib pengerusi
Penolong Kanan HEM
Penolong Kanan Pentadbiran
Penolong Kanan Ko-Kurikulum
Penyelaras
En. Mohd Azhar bin Mat Amin
En. Mohd Zaki bin Hassan
YM Syed Omar bin Syed Majid
En. Wan Mohd Nizam bin Wan Muhammad
BIDANG TUGAS
1. Bertanggungjawab meliputi bangunan , dewan gelanggang dan perabot sekolah.
2. Bertanggungjawab kepada keselesaan sekolah supaya dapat mewujudkan suasana yang baik.
3. Menguruskan kerja-kerja berkait dengan bangunan termasuk mengecat, membaiki kerosakan kecil bangunan, tandas, paip, membaiki kebocoran atap dan lain-lain.
4. Membaiki pagar yang rosak.
5. Kerja-kerja pengurusan perabot termasuk mengemaskini stok perabot, membaiki perabot rosak, membina kemudahan asas dalam bilik darjah, papan-papan kenyataan dan lain-lain yang seumpamanya.
6. Guru Fizikal Sekolah boleh mendapatkan bantuan tenaga Pekerja Am sekolah serta mengagih-agihkan tugas harian mereka.
7. Memastikan semua kunci-kunci bangunan dan dewan diserahkan kepada pejabat dan diletakkan di tempat yang khas sebelum waktu pulang pada tiap-tiap hari persekolahan.
8. Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh Pengetua / Penolong Kanan dari masa ke masa.
9. Menyediakan satu jadual siri pengguna dewan termasuklah hari perhimpunan mingguan, acara rasmi sekolah, pertandingan-pertandingan peringkat sekolah dan daerah.
10. Bertanggungjawab terhadap kebersihan dan keselesaan dewan supaya dapat mewujudkan suasana yang sihat.
11. Bekerjasama dengan unit fizikal dan unit keceriaan sekolah bagi mengemaskini dan mencantikkan keadaan dalaman dan persekitaran dewan.
12. Mendapatkan bantuan Pekerja Am Sekolah bagi aktiviti pembaikan dan kebersihan dewan.
13. Menyediakan satu ketetapan peraturan penggunaan dewan bagi semua pihak dan pamerkan dibahagian luar Papan Kenyataan Dewan.
14. Menyediakan dan menyimpan rekod siri penggunaan dewan sekolah.
15. Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh Pengetua / Penolong Kanan dari masa ke masa.





















