JAWATANKUASA KEWANGAN
Pengerusi: Tuan Pengetua, SMKSI
Naib Pengerusi: Penolong Kanan Pentadbiran
Setiausaha: Ketua Pembantu Tadbir
Ahli:
Penolong Kanan (HEM)
Guru Kanan Sains & Matematik
Guru Kanan Bahasa
Guru Kanan Kemanusiaan
Guru Kanan Voteks
Guru-guru Audit Sekolah
BIDANG TUGAS
1. Membaca dan memahami pekeliling / surat pekeliling yang berkaitan dengan pengurusan kewangan dan perakaunan sekolah yang diedarkan dari masa ke semasa.
2. Mengeluarkan surat kuasa memungut yuran kepada Penolong Kanan, Penyelaras Tingkatan, Guru Tingkatan dan Kerani.
3. Memesan dan mendaftar buku resit untuk tujuan pungutan.
4. Mengagihkan buku resit kepada guru tingkatan dan penyelaras tingkatan.
5. Memastikan semua terimaan telah dimasukkan ke dalam bank.
6. Memastikan semua pembelian / pembayaran dibuat mengikut peraturan kewangan ( pesanan tempatan, invois, bil, baucer dan cek ).
7. Menyediakan Buku Tunai Kerajaan / SUWA / Panjar Wang Runcit.
8. Menyemak dan menandatangani penyata kewangan dalam Buku Tunai Kerajaan / SUWA / Panjar Wang Runcit.
9. Memastikan semua kutipan yuran mendapat kebenaran JPN.





















