JAWATANKUASA ALAT SIARAYA / DEWAN
Penasihat : Tuan Pengetua, SMKSI
Pengerusi : Penolong Kanan Kokurikulum
Penyelaras Siaraya : En. Azhar bin Ismail
AJK :
En. Zawavi bin Jusoh
En. Mohd Zaki bin Hassan
Penyelaras Dewan : Pn. Khatijah bt. Mohd Salleh
BIDANG TUGAS
1. Bertanggungjawab penuh memasang peralatan sistem tersebut berdasarkan siri jadual rasmi yang disediakan dari masa ke masa seperti Perhimpunan Mingguan Sekolah, Mesyuarat Agung PIBG, Hari Sukan, Perkhemahan Tahunan dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan di padang dan dewan.
2. Memastikan peralatan sistem tersebut berada dalam keadaan baik sepanjang masa dan bertanggungjawab terhadap keselamatan peralatan tersebut.
3. Menyediakan sebuah rekod catatan penggunaan sistem tersebut bagi memudahkan guru penyelia peralatan tersebut membuat tindakan seterusnya. Guru-guru yang memerlukan khidmat sistem siaraya hendaklah terlebih dahulu mencatatkan Nama dan Tarikh penggunaan bagi memudahkan pihak jawatankuasa menyediakan seperti yang dikehendaki.
4. Mencadangkan kepada Pengetua tentang peralatan yang perlu ditambah bagi mengemaskini lagi penggunaannya.
5. Menyediakan, mengemaskini stok / inventori mengenai peralatan siaraya.
6. Memastikan dewan dan stor sementara bersih dan ceria serta dikunci dengan selamat.





















