Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1954 dengan nama “Sultan Ismail Primary School”. Sekolah ini bermula dengan sekolah rendah dan pada tahun 1958 barulah tertubuhnya sekolah menengah. Sekolah ini mengambil nama sempena sultan yang memerintah Negeri Terengganu pada masa itu. Bahasa pengantarnya ialah Bahasa Inggeris. Sekolah ini adalah sekolah menengah yang pertama didirikan di daerah Kemaman. Perasmiannya telah disempunakan pada 12 Julai 1955 oleh D.Y.M.M Sultan Sir Ismail Nasiruddin Shah Ibni Almarhum Zainal Abidin. Pada tahun 1964 bahagian pentadbiran menengah dan rendah telah dipisahkan. Guru Besar pertama bahagian menengah ialah seorang siswazah India iaitu Encik P. Ganapathy.
Sejak daripada itu, sekolah ini menjadi sekolah menengah sepenuhnyanya dan tertua di daerah Kemaman. Kini sekolah ini telah dilengkapkan dengan pelbagai kemudahan seperti dewan besar, perusatakaan, bengkel, makmal sains, makmal komputer, pusat akses, asrama dan pelbagai kemudahan lain lagi. SMK Sultan Ismail sekarang diterajui oleh Pengetua, Tn. Hj. Mustafa bin Abdul Ghani. Semoga SMKSI akan terus cemerlang, Gemilang dan terbilang bagi mencapai hasrat SuIS No.1 Cemerlang dan tersohor .
SENARAI NAMA PENGETUA SMKSI
| BIL | NAMA | KELULUSAN | TAHUN BERTUGAS |
|
1 |
En. Lam Ibrahim b. Mat Piah | Normal Trained | 1954 – 1960 |
|
2 |
En. Kok Thian Soo | Normal Trained | 1960 – 1963 |
|
3 |
En. P. Ganapathy | BA Hons-Madras | 1963 – 1967 |
|
4 |
En. K. Raj Kumar | BA Hons,Brinsfordlodge | 1968 – 1968 |
|
5 |
En. Ahmad Tajuddin b. Othman | BA Hons,MPB | 1968 – 1969 |
|
6 |
En. Wee Tee Jong | BA Hons, Kirby,STTI | 1969 – 1973 |
|
7 |
En. Shamsuddin b. Mohidin | BA Hons,Dip.Pendidikan | 1973 -1979 |
|
8 |
En. Said b. Nik | BA Hons,Normal Trained | 1980 – 1982 |
|
9 |
En. Muhiddin b. Takah | BA Hons,S.Perguruan | 1982 – 1988 |
|
10 |
En. Mohd Ali Ismail b. Muda | BA Hons,S.Perguruan | 1988 – 1991 |
|
11 |
En. Mohd Zakaria b. Harun | BA Hons,Dip.Pendidikan | 1991 – 1994 |
|
12 |
En. Mohd Ali b. Muda | BA Hons,Dip.Pendidikan | 1995 – 1996 |
|
13 |
En. Jusoh b. Salleh | BA Hons, S. Perguruan | 1996 – 1999 |
|
14 |
En. Abd. Jalil b. Abd. Hamid | BA Hons, S.Perguruan | 1999 – 2007 |
|
15 |
En. Tn. Hj.Shaffie b. Awang | B.Sc Ed(H) Mat+Bio,MED | 2007 – 2008 |
|
16 |
Pn. Hjh Wan Hasnah bt.Wan Mohamad | BA Hons, S.Perguruan | 2008 – 2011 |
|
17 |
Tn. Hj. Mustafa B. Abdul Ghani | 2011 – Sekarang |





















