Projek STPM

JAWATANKUASA PROJEK STPM

Pemgurus   :    Penolong Kanan Tingkatan 6
Penyelaras :    Puan Noor Fadilahtu Hansiah binti Mohd Nor
Setiausaha       :    Puan Hajjah Nor Madihah binti Mohamad
S/U Peperiksaan  :     Puan Suriani binti Jusoh / Pn Suryani binti Senik
Penyelaras tingkatan  :  Cik Zaini binti Abi Rahman
Bendahari :    Puan Siti Balkhes binti Umar

Bidang Tugas Penyelaras Projek

1.    Merancang dan melaksanakan satu program  (meliputi rangkaian aktiviti yang bersepadu dan menyeluruh) bagi  meningkatkan prestasi STPM yang cekap dan berkesan di sekolah.  Program yang hendak dijalankan itu hendaklah jelas bagi memastikan objektif, strategi, aktiviti, pembahagian tugas dan tanggungjawab cara pelaksanaan bentuk maklum balas yang dikehendaki dan interaksi yang dibatalkan.
2.    Mengkaji trend prestasi STPM sekolah dalam tempoh beberapa tahun lalu dengan mengenalpasti segala kekuatan dan kelemahan yang ada dari segi pelajar, guru, sumber-sumber teknologi yang ada di sekolah.
3.    Melakukan penilaian semassa dan penilaian akhir terhadap kecekapan dan keberkesanan aktiviti dan mengambil langkah-langkah tindak susul  yang sewajarnya bagi mencapai objektif  yang telah ditetapkan.
4.    Menyelartas Program PPTT (Program Kecemerlangan Peperiksaan Awam dan eMas) dan membuat tuntutan.
5.    Menyediakan buku projek dan menyimpan semua rekod dan dokumen yang berkaitan dengan prestasi pelajar-pelajar
6.    Mendapatkan maklumat / maklumbalasmtentang pelaksanaan aktiviti program yang dijalankan guru-guru mata pelajaran
7.    Menjalankan tugas-tugas lain yang berkaitan dengan program projek meningkatkan prestasi STPM dan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua.

Bidang Tugas Setiausaha Projek

1.    Mengeluarkan notis mesyuarat
2.    Mencatat dan mengedarkan minit mesyuarat
3.    Membantu Penyelaras Projek dalam urusan surat menyurat
4.    Menjalankan tugas-tugas lain yang akan diberitahu dari masa ke masa.
5.    Memastikan pelaksanaan kelas-kelas tambahan/intensif berjalan lancar

Bidang Tugas Bendahari Projek

1.    Mencatat segala bentuk  perbelanjaan yang diperlukan dan pendapatan yang diterima
2.    Menyediakan penyata kewangan tahunan
3.    Menjalankan tugas0tugas lain yang akan diberitahu dari masa ke masa

Bidang Tugas Penyelaras Tingkatan

1.    Menyimpan rekod dan dokumen yang berkaitan dengan  pelajar
2.    Menguruskan pendaftaran pelajar baru yang bertukar masuk bagi tahun semasa
3.    Memastikan semua pelajar mempunyai nombor bilangan masuk sekolah
4.    Menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan peperiksaan dalaman dengan kerjasama setiausaha peperiksaan tentang jadual peperiksaan, penyedia soalan dan analisisi keputusan peperiksaan
5.    Bertanggungjawab membuat agihan murid mengikut jurusan/kelas di bawah seliaannya
6.    Membantu penyelaras projek untuk merancang dan melaksanakan program peningkatan prestasi pelajar
7.    Menyelaras Program eMas , Galakan Emas dan Bimbingan Emas bagi setiap tinkatan
8.    Menyelaras Program PPTT dan membuat tuntutan
9.    Menanda rekod jadual kedatangan murid jika guru tingkatan bercuti
10.    Mengedarkan sebarang maklumat sekolah kepada pelajar

Bidang Tugas Setiausaha Peperiksaan

1.    Menjadi penyelaras pungutan yuran peperiksaan dan menyelia semua urusan peperiksaan awam dan dalaman yang diambil oleh pelajar
2.    Mendaftar calon-calon yang akan mengambil peperiksaan dan membantu pelajar supaya mengisi borang pemilihan mata pelajaran dengan tepat denganbantuan guru-guru tingkatan
3.    Meneliti dan melaksanakan semua kehendak, panduan dan peraturan serta pekeliling lain yang bersangkutan dengan peperiksaan yang dikeluarkan oleh JPN / Kementerian
4.    Menguruskan pertukaran pusat peperiksaan bagi calon-calon yang bertukar sekolah, sama ada dalam/luar negeri.  Surat pertukaran pusat hendaklah dikirimkan bersama-sama dengan surat pertukaran sekolah
5.    Mengurus penyemakan borang-borang komputer dan surat-surat yang berkaitan dengan peperiksaan awam/dalaman
6.    Berbincang dengan AJK Jadual Waktu mengenai pakej mata pelajaran elektif

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s