JKS

JAWATANKUASA KURIKULUM SEKOLAH

Pengerusi:  Tuan Pengetua
Penyelaras:  Penolong Kanan Pentadbiran
Setiausaha:  Pn. Hjh Noriza bt. Kassim
AJK
Penolong Kanan Kokurikulum

:  Penolong Kanan HEM
:  Penolong Kanan Pendidikan Khas
:  Penolong Kanan Tingkatan 6
:  Guru-guru Kanan Mata Pelajaran
:  Kumpulan Guru Cemerlang
:  Penyelaras Projek Akademik
:  Kaunselor-kaunselor Sekolah
:  Pengerusi-pengerusi Panitia Mata Pelajaran
:  Guru Media
:  Guru Bestari
:  Guru Data
:  Penyelaras SPBT
:  Setiausaha Peperiksaan
:  Penyelaras-penyelaras Tingkatan
:  Penyelaras Perkembangan Staff
:  Penyelaras Jadual Waktu
:  Penyelaras ICT
:  Penyelaras Pendidikan Khas
:  Penyelaras PPSMI
:  Penyelaras PPTT

BIDANG TUGAS

1.Menyediakan takwim tahunan dan takwim kurikulum sekolah.
2.Menyiapkan surat panggilan mesyuarat
3.Menyediakan minit mesyuarat dan menghantarkannya kepada PPD dan JPN
4.Menguruskan simpanan fail-fail, buku-buku panitia dan buku-buku projek
5.Mengemaskini data-data kurikulum di papan kenyataan di bilik Pengetua, Penolong Kanan Pentadbiran dan di koridor.
6.Mengemaskini fail JKS, fail peperiksaan awam dan dalaman.
7.Menjalankan tugas-tugas lain atas arahan opengetua dan Penolong Kanan.

BIDANG TUGAS AHLI JAWATANKUASA

1.Hendaklah bersidang sekurang-kurangnya (8) lapan kali setahun.
2.Membincangkan kertas kerja yang dibentang oleh panitia matapelajaran atau dari mana-mana pihak di sekolah yang berkaitan dengan program pelajaran sekolah. Peringatan mesyuarat itu hendaklah dikirimkan kepada Jabatan Pelajaran Negeri/Daerah.
3.Merancang strategi pengajaran/pembelajaran yang sesuai dengan keadaan dan suasana sekolah berasaskan kepada kehendak-kehendak sukatan pelajaran dan kemudahan-kemudahan yang ada/disediakan di sekolah.
4.Menganjurkan kursus-kursus dan latihan bagi guru-guru di sekolah.
5.Merancang kerja-kerja pemulihan bagi pelajar-pelajar yang terbelakang dalam pencapaian akademik.
6.Menganjurkan ceramah-ceramah khas kepada pelajar-pelajar seperti cara-cara menjawab soalan peperiksaan dan sebagainya yang dapat membantu pelajar dalam pelajaran dan peperiksaan.
7.Membuat kajian dan nilaian tentang prestasi pembelajaran (analisa keputusan ujian/peperiksaan dengan tujuan mencari jalan untuk pencapaian kemajuan yang lebih tinggi.
8.Membuat cadangan/syor kepada jawatankuasa Kurikulum Daerah dan Negeri bagi melaksanakan program pembelajaran yang lebih menyeluruh.

Leave a comment