Projek

BIDANG TUGAS PENYELARAS PROJEK

1.    Mengkaji trend prestasi PMR / SPM / STPM sekolah dalam tempoh beberapa tahun lalu dengan mengenalpasti segala kekuatan dan kelemahan yang ada dari segi pelajar, guru, sumber-sumber teknologi yang ada di sekolah.
2.    Merancang dan melaksanakan sesuatu program (meliputi rangkaian aktiviti yang bersepadu dan menyeluruh) bagi meningkatkan prestasi PMR / SPM / STPM yang cekap dan berkesan di sekolah. Program yang hendak dijalankan itu mestilah dengan jelas bagi memastikan objektif, strategi, aktiviti, pembahagian tugas dan tanggungjawab cara pelaksanaan bentuk maklumbalas yang dikehendaki dan interaksi yang dibatalkan.
3.    Melakukan penilaian semasa dan penilaian akhir terhadap kecekapan dan keberkesanan aktiviti dan mengambil langkah-langkah tindak susul yang sewajarnya bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan.
4.    Menyelaras program PPTT (Program kecemerlangan Peperiksaan Awam & Emas) dan membuat tuntutan.
5.    Menyediakan buku projek dan menyimpan semua rekod, dokumen yang berkaitan dengan prestasi pencapaian pelajar-pelajar
6.          Mendapatkan maklumat/maklumbalas tentang pelaksanaan aktiviti program yang dijalankan guru-guru matapelajaran.
7.    Menjalankan tugas-tugas lain yang berkaitan dengan program projek meningkatkan prestasi PMR / SPM / STPM ELIT dan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengetua.

BIDANG TUGAS SETIAUSAHA PROJEK

1.    Mengeluarkan notis mesyuarat.
2.    Mencatat dan mengedarkan minit mesyuarat
3.    Membantu penyelaras projek dalam urusan surat menyurat.
4.    Menjalankan tugas-tugas lain yang akan diberitahu dari masa ke masa.
5.          Memastikan pelaksanaan kelas-kelas tambahan / intensif berjalan lancer.

BIDANG TUGAS BENDAHARI PROJEK

1.    Mencatat perbelanjaan yang diperlukan.
2.    Mencatat segala bentuk perbelanjaan.
3.    Menyediakan penyata kewangan tahunan.
4.    Menjalankan tugas-tugas lain yang akan diberitahu dari masa ke masa.

BIDANG TUGAS PENYELARAS TINGKATAN

1.    Menyimpan rekod dan dokumen yang berkaitan dengan prestasi pelajar.
2.    Menguruskan pendaftaran pelajar baru yang akan bertukar masuk bagi tahun semasa.
3.    Memastikan semua pelajar mempunyai nombor bilangan masuk sekolah.
4.    Mengurus hal-hal yang berkaitan dengan peperiksaan dalaman dengan kerjasama setiausaha   peperiksaan tentang jadual peperiksaan, penyedia soalan dan analisa keputusan peperiksaan.
5.    Bertanggungjawab membuat pembahagian tingkatan di bawah seliaannya.
6.    Membantu penyelaras projek untuk merancang dan melaksanakan program peningkatan prestasi pelajar.
7.    Menyelaras program EMas, Galakan Emas dan Bimbingan Emas bagi setiap tingkatan.
8.    Menyelaras Program PPTT dan membuat tuntutan.
9.    Menanda jadual kedatangan pelajar jika guru tingkatan bercuti.
10.    Mengedarkan borang maklumat sekolah kepada pelajar.
11.    Membantu menguruskan modul relief.

Leave a comment